logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PENAFIAN PENGANJURAN SIDANG MEDIA KHAS DEKLARASI PROFESOR MELAYU G70 BERKAITAN KPT 


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil maklum berkenaan hebahan poster penganjuran sidang media khas Deklarasi Profesor Melayu G70 berhubung dengan Seruan Kepada Rakyat Malaysia Bersempena PRU-15, yang diadakan pada hari ini.

Kementerian ingin menegaskan bahawa sidang media ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan KPT. Kumpulan ini juga bukanlah represantasi rasmi daripada kakitangan akademik ataupun profesor daripada IPT. Apa-apa pendirian yang diutarakan oleh G70 dalam seruan ini juga tidak ada hubungan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan KPT.

KPT menghormati hak dan kebebasan bersuara oleh setiap individu dan para akademik. Walau bagaimanapun, bagi yang masih berkhidmat sebagai penjawat awam, setiap tindakan mereka masih tertakluk kepada pematuhan peraturan dan peruntukan undang-undang sedia ada. 

Masyarakat umum dimohon agar sentiasa merujuk kepada pengumuman rasmi KPT menerusi saluran sahih yang ditadbir urus oleh Kementerian. Orang ramai juga hendaklah tidak sewenang-wenangnya mempercayai sebarang deklarasi atau pernyataan oleh mana-mana kumpulan yang mendakwa mereka mewakili suara warga pengajian tinggi di negara ini.

Kementerian Pengajian Tinggi
16 November 2022

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Penafian Penganjuran Sidang Media Khas Deklarasi Profesor Melayu G70 Berkaitan KPT.pdf (45 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 8208
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.