logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

SAMBUTAN HARI AKADEMIA TAHUN 2022
“AKADEMIA MEMACU KESEJAHTERAAN KOMUNITI”


“Akademia Memacu Kesejahteraan Komuniti” telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Akademia bagi tahun 2022. Tema ini dipilih berdasarkan komitmen Kementerian Pengajian Tinggi yang memberi fokus khas kepada jurulatih-jurulatih, guru-guru serta pensyarah-pensyarah pendidikan tinggi yang menjadi ikon, pakar, contoh ikutan dan pencetus perubahan (changemaker) kepada para pelajar.

Tahun ini menandakan tahun keempat Hari Akademia disambut untuk menghargai jasa keilmuan dan pemikiran terkehadapan para pendidik di peringkat pendidikan tinggi yang tidak kenal penat dan lelah serta yang telah bingkas bangun untuk kembali berusaha melonjakkan pendidikan tinggi negara ke tahap global, selepas pandemik global COVID-19 melanda dunia.

Setiap seorang pendidik di institusi pengajian tinggi seakan-akan menjadi ahli magik (magician) yang dapat membuka kotak minda, memacu daya imaginasi serta menerbitkan kesedaran pelajarnya untuk merealisasikan potensi diri dengan sepenuhnya. Inilah kuasa dan pengaruh yang tidak dapat ditandingi, yang hanya ada dalam diri ahli sarjana atau ahli akademia pendidikan tinggi.

Kementerian ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga institusi pendidikan tinggi atas kesungguhan kerja dan sumbangan mereka. Semangat mereka begitu dikagumi dan tidak boleh dinafikan. Semoga dedikasi mereka terus menyemarakkan semangat dalam pembangunan negara. Selamat Hari Akademia 2022!

Kementerian Pengajian Tinggi
5 Oktober 2022

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Hari Akademia 2022.pdf (366 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7809
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 23 April 2024, 10:59:17.