logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

SIDANG KEMUNCAK ASEAN: KPT BERI KEMUDAHAN PdP
SECARA DALAM TALIAN


Bersempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang akan berlangsung pada 26-28 Mei 2025 di Kuala Lumpur, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum akan pelaksanaan penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran melibatkan kawasan di sekitar Lembah Klang (Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya).

Cakna dan prihatin terhadap kesejahteraan warga selaras nilai teras Malaysia MADANI, KPT akan memberikan kemudahan kepada Institusi Pendidikan Tinggi Awam/Swasta (IPTA/ IPTS) untuk membuat pilihan menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau fizikal.

Setiap IPT diminta untuk membuat semakan lokasi, masa dan tarikh laluan yang ditutup sepanjang 26-28 Mei ini untuk menentukan keperluan bagi PdP secara dalam talian bagi memastikan warga tidak terkesan dengan kesesakan aliran trafik.

Pelajar dan warga IPT yang terkesan turut boleh berhubung dengan IPT masing- masing bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Kementerian yakin dengan PdP secara dalam talian ini akan memberi kemudahan kepada warga untuk merancang pergerakan dan dalam masa sama memastikan proses PdP dapat berjalan dengan lancar.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
22 Mei 2025

Muat Turun:

  pdf Kenyataan Media - Sidang Kemuncak ASEAN: KPT Beri Kemudahan PdP Secara Dalam Talian(116 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2094
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 16 Jun 2025, 06:58:06.

logo-sirim