logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

STATUS SEMASA DAN PELAN TINDAKAN KPT BERHUBUNG BANJIR MONSUN TIMUR LAUT


  1. Susulan banjir Monsun Timur Laut, saya ingin kongsikan status semasa dan pelan tindakan yang telah dan sedang diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
  1. Secara amnya, KPT telah mengambil tindakan yang merangkumi penyelarasan gerakan kesukarelawanan, pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Bencana, mobilisasi aset, operasi bilik gerakan dan penyampaian pelbagai bentuk
  1. Satu Bilik Gerakan Banjir di peringkat KPT telah diaktifkan bermula 18 November 2022 yang beroperasi 24 jam sehari. Lima (5) saluran talian telefon dan satu e-mel dibuka bagi memudahkan orang ramai mengemukakan sebarang aduan kecemasan (rujuk lampiran). Pada masa yang sama juga, Bilik Gerakan Peringkat Universiti Awam (UA) turut dibuka dan dikendalikan oleh UA masing-masing.
  1. Setakat ini, KPT telah meluluskan serta-merta peruntukan sebanyak RM2 juta untuk tujuan penyediaan bantuan dan juga kebajikan warga KPT, Jabatan/Agensi di bawah KPT, universiti awam, politeknik dan kolej
  1. Melalui Briged Sukarelawan IPT, sehingga 20 Disember 2022, seramai 7,741 sukarelawan yang terdiri daripada 726 staf dan 7,015 pelajar dari seluruh negara telah digerakkan bagi mengedarkan bantuan kotak makanan, pakaian, wang tunai, peranti dan kit
  1. Pihak KPT turut menggerakkan pasukan khas bagi menawarkan khidmat sokongan psikologi kepada para mangsa yang
  1. Dari segi logistik, sejumlah 61 buah bas/coaster, 38 buah SUB/4WD, 37 buah van, 17 buah lori, dan 3 buah bot telah dilibatkan. Briged Sukarelawan IPT turut menyediakan 80 unit waterjet, 21 buah waterpump dan 15 unit generator bagi membantu dan mempermudah kerja-kerja pemulihan di kawasan yang
  1. Terdapat tiga (3) buah fasiliti di bawah KPT telah didaftarkan sebagai PPS, iaitu Kolej Komuniti Bentong, Pahang, Politeknik Mersing, Johor dan Politeknik Kok Lanas,
  1. Sehingga 20 Disember 2022, seramai 5,404 warga KPT/pelajar IPT telah terkesan. Ini merangkumi 5,268 pelajar dan 136 staf, antaranya, daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Machang, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Politeknik Hulu Terengganu (PHT).
  1. Pihak universiti, politeknik dan kolej komuniti yang terjejas telah dinasihatkan untuk memberikan keanjalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) sama ada secara dalam talian, mod asynchronous, hibrid atau tangguhkan PdP mengikut tahap keseriusan bencana yang dihadapi di kawasan masing-masing.
  1. Jawatankuasa Pengurusan Banjir Peringkat KPT akan terus memantau keadaan di kawasan berkenaan. Para pelajar dan kakitangan IPT yang terkesan akibat banjir dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, menjaga keselamatan diri serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke
  1. Saya menyeru semua pihak di seluruh negara untuk bersama-sama mendoakan agar semua warga KPT/pelajar IPT dan orang awam yang terkesan selamat dan dipermudah segala urusan

DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

20 DISEMBER 2022

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media (Banjir Monsun Timur Laut).pdf (479 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 10826
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.