logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

Universiti Malaya Kekal 10 Terbaik di Asia

Laporan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings: Asia 2022 yang dikeluarkan pada 2 November 2021 menunjukkan bahawa Universiti Malaya (UM) kekal berada di kelompok 1O teratas Asia dan telah meningkat ke posisi ke-8 berbanding tempat ke-9 di Asia pada tahun 2021.

Universiti awam dan swasta lain juga turul menunjukkan peningkatan yang membanggakan kerana masih kekal tersenarai dalam kelompok 11O universiti terbaik di Asia. Berdasarkan laporan ini, Universiti Malaya berada di kedudukan ke-8; Universiti Putra Malaysia di tempat ke-27; Universlti Kebangsaan Malaysia di tangga ke-33; Universitl Salns Malaysia di kedudukan ke-35; Universiti Teknologi Malaysia di ranking yang ke-38; Taylor's University pada senarai yang ke-53; Universiti Teknologl PETRONAS memposisikan diri di tangga ke-72; UCSI University di kedudukan ke-77; Universiti Utara Malaysia tempat ke-98; dan Universiti Teknologi MARA berada di tangga ke-105.

Pencapaian kali ini secara tidak langsung membuktikan bahawa universiti di Malaysia mampu bersaing dengan universiti di negara Asia yang lain walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran getir akibat daripada pandemik COVID-19. Kejayaan ini juga menunjukkan bahawa Malaysia mampu menjadl hab pendidikan tinggi yang unggul di rantau Asia.

Secara keseluruhannya, sebanyak 687 universiti (termasuk 40 penyertaan baharu) di 18 buah negara Asia terlibat dalam penilaian OS World University Rankings: Asia 2022 pada kali ini. la merupakan perbandingan yang paling luas pernah dilaksanakan di rantau Asia.

Negara yang paling banyak tersenarai di dalam penarafan lni ialah China, iaitu dengan penyertaan sebanyak 126 buah universiti. lni diikuti oleh India (118 buah universiti); Jepun (108 buah universiti); Korea Selatan (88 buah universiti); Pakistan (47 buah universiti); Taiwan (46 buah universiti); Malaysia (36 buah universlti); Indonesia (33 buah universiti); Thailand (23 buah universiti); Fllipina (15 buah universiti); Vietnam (11 buah universiti); Hong Kong (9 buah universiti); Sri Lanka (6 buah universiti); Singapura (3 buah universiti); Brunei (2 buah universiti); Macau (2 buah universiti); dan Mongolia (sebuah universiti).

Penilaian dilaksanakan berdasarkan kepada 11 petunjuk prestasi utama. Antaranya ialah reputasi akademik, kebolehpasaran graduan, kualiti penyelidikan dan produktiviti, pengantarabangsaan di kampus serta kerjasama antarabangsa dengan pelbagai institusi.

Penarafan kali ini mencatatkan pertambahan dalam penyertaan universiti di Malaysia darlpada 35 buah kepada 36 buah. Daripada jumlah itu, sebanyak 22 buah universiti tempatan telah menunjukkan peningkatan, 4 buah universiti kekal di kedudukan yang sama dan 1O buah universiti mencatatkan sedikit penurunan.

Ben Sowter, Pengarah Penyelidikan OS World University Rankings menyifatkan bahawa keputusan penilaian pada tahun ini mempunyai persaingan yang sengit dan bersitat dinamik bagi sistem pendidikan tinggi di Asia. Universiti terbaik di China terus maju ke hadapan, manakala pendidikan tinggi di Jepun kekal tidak berubah sementara Malaysia pula terus meningkat naik.

Jadual 1

Kedudukan 10 buah universiti terbaik Asia dalam as World University Rankings: Asia 2022
BIL.INSTITUSIQS-WUR: ASIA 2021QS-WUR: ASIA 2022
1 National University of Singapore (NUS) 1 1
2 Peking University 7 2
3 Nanyang Technological University, Singapore (NTU) 3 3=
4 The University of Hong Kong 4 3=
5 Tslnghua University 2 5
6 Zhepang University 5 6
7 Fudan University 6 7
8 Universiti Malaya 9 8
9 The Hong Kong University of Science and Technology 8 9
10 Shanghai Jiao Tong University 10 10

Jadual 2

Kedudukan lnstitusi Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia dalam as World University Rankings: Asia 2022

BIL.INSTITUSIQS-WUR: ASIA 2021QS-WUR: ASIA 2022
1 Universiti Malaya 9 8
2 Universiti Putra Malaysia 28 27
3 Universiti Kebangsaan Malaysia 35 33
4 Universiti Sains Malaysia 34 35
5 Universiti Teknologi Malaysia 39 38
6 Taylor's University 89 53
7 Universiti Teknologi PETRONAS 70 72
8 UCSI University 105 77
9 Universiti Utara Malaysia 107 98
10 Universiti Teknologi MARA 108 105
11 Sunway University 172 121
12 International Islamic University Malaysia 123 123
13 Universili Malaysia Pahang 133 129
14 Universiti Tenaga Nasional 168 144
15 Management And Science University 139 147
16 Universitl Malaysia Terengganu 195 167
17 Universitl Tunku Abdul Rahman 157 167
18 Multimedia University 190 189
19 Universiti Pendidikan Sultan Idris 281 -290 205
20 Universiti Malaysia Sabah 210 227
21 Universiti Malaysia Sarawak 251 -260 227
22 Universiti Tun Hussien Onn 291 -300 247
23 Universiti Malaysia Perlis 207 251 -260
24 Asia Pacific University or Technololgy and Innovation 301 -350 271 -280
25 SEGI University 301 -350 291 -300
26 Lincoln University College, Malaysia 351 -400 301 -350
27 Universiti Kuala Lumpur 291 -300 301 -350
28 AIMST University - 351 -400
29 HELP University 401 -450 351 -400
30 INTI International University 401 -450 351 -400
31 Limkokwing University of Creative Technology 351 -400 401 -450
32 Universiti Teknikal Malaysia Melaka 401-450 401 -450
33 Malaysia University of Science and Technology 451-500 501 -550
34 Universitl Sains Islam Malaysia 501 -550 501 -550
35 Universiti Sultan Zainal Abidin 451 -500 501 -550
36 Universiti Malaysia Kelantan 551-600 551 -600

4 November 2021
Kementerian Pengajian Tinggi

Muat Turun

pdf Kenyataan Media Universiti Malaya Kekal 10 Terbaik di Asia (290 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 14506