logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

LAWATAN KERJA YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI KE UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)


  1. Saya telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 1 Februari 2023. Lawatan ini merupakan lawatan kerja ke Universiti Awam keempat saya selepas Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
  1. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada USIM dalam membangunkan reputasi dan memastikan keterlihatannya, khususnya dalam soal agama Islam selaras dengan bidang tujahannya sebagai sebuah universiti yang mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli.
  1. USIM perlu sentiasa berada di hadapan dan jurubicara dalam memerangi Islamofobia, mengekang radikal Islam dan membawa pencerahan berkenaan soal agama Islam.
  1. Selain itu, USIM berperanan dalam memimpin universiti- universiti yang serupa di peringkat serantau mahupun global serta mewujudkan rangkaian dalam akademik, penyelidikan dan penglibatan masyarakat.
  1. Saya percaya bahawa USIM mempunyai kekuatan tersendiri dalam sektor halal, pusat rujukan dan dakwah Orang Kurang Upaya (OKU) serta perbankan Islam. Kekuatan ini perlu diketengahkan dalam membangunkan reputasi dan memastikan keterlihatannya.
  1. Bagi pihak KPT saya merakamkan kesediaan Kementerian untuk membantu membangunkan kekuatan-kekuatan yang ada pada USIM. Saya percaya bahawa kejayaan USIM akan memberikan sumbangan besar bukan sahaja kepada pendidikan tinggi negara, tetapi kepada ummah secara

DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

2 FEBRUARI 2023

Muat Turun:

  pdf Kenyataan Media Lawatan Kerja ke USIM.pdf (93 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5252
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.