Logo KPM

 KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ANAK MALAYSIA CEMERLANG DI ENGLAND

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat berbesar hati dan mengucapkan TAHNIAH serta SYABAS kepada Saudara Ahmad Fauzee M Hassan, pelajar IPAC Education Shah Alam, Selangor yang telah berjaya memperoleh skor 96% dalam Peperiksaan ACCA Sesi Jun 2018 baru-baru ini.

Ahmad Fauzee berjaya meraih markah tertinggi di dunia dan cemerlang keseluruhan bagi Subjek Financial Reporting (F7).

“Kejayaan saudara Ahmad Fauzee dalam Peperiksaan ACCA amat membanggakan dan ini sangat mengujakan kerana peperiksaan ACCA bukanlah suatu peperiksaan yang mudah tetapi memerlukan daya fokus yang tinggi dalam bidang perakaunan. Justeru, kejayaan beliau adalah sesuatu yang patut dijadikan panduan dan pendorong kepada pelajar-pelajar dalam bidang perakaunan yang lain”, kata YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PUTRAJAYA

27 Julai 2018

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5781

Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.