logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

Pelantikan Naib Canselor Universiti Malaya (UM)


Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (UM) yang baharu berkuat kuasa mulai 1 November 2020 hingga 31 Oktober 2023.

Pelantikan ini dibuat selepas Jawatankuasa Tetap Pemilihan Naib Canselor Universiti Awam bersidang dan membuat penilaian terhadap calon-calon pada 5 Oktober 2020 lalu.

YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi, 49 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal) dari Imperial College, London, England; Master of Science in Advanced Manufacturing Technology & System Management dari University of Manchester Institute Science and Technology, United Kingdom dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Doctor of Engineering on Thin Film Coating for Biomedical Applications dari Kyoto University, Jepun.

YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi akan menggantikan YBhg. Datuk Ir. (Dr) Abdul Rahim Hj. Hashim yang akan tamat kontrak pada 31 Oktober 2020.

Beliau telah berkhidmat sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama hampir dua (2) tahun selain memegang jawatan pentadbiran dan akademik yang lain seperti Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaya.

Kementerian percaya dengan pelantikan ini, YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi dapat meneruskan kesinambungan pencapaian dan sumbangan beliau dalam mengekalkan pencapaian dan kegemilangan Universiti Malaya sebagai universiti penyelidikan terkemuka di negara ini.

Kementerian ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Hj. Hashim atas segala sumbangan dan kepimpinan beliau selama ini sehingga UM dinobatkan sebagai di antara universiti terbaik dunia.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
30 Oktober 2020

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 8582
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.