logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PELANTIKAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)


Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baharu, berkuat kuasa 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023.

Prof. Dato’ Dr. Mohd Ekhwan, 51 tahun, merupakan graduan UKM tahun 1992 (Ijazah Am) dan 1993 (Ijazah Kepujian) dalam bidang Geografi (fizikal), Fakulti Sains Kemasyarakan dan Kemanusiaan. Beliau seterusnya memperoleh Sarjana (MSc) dari University of Manchester serta Doktor Falsafah (PhD) dari University of Newcastle Upon Tyne UK dalam bidang Pemodelan Hidrologi Sekitaran, Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Pengurusan Sumber Air.

Prof. Dato’ Dr. Mohd Ekhwan telah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Akademik dan Pembangunan), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi serta jawatan pentadbiran dan akademik yang lain seperti Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UKM dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Saya percaya dengan pengalaman luas dalam bidang pentadbiran, beliau dapat meneruskan kegemilangan UKM sebagai salah sebuah universiti terulung di Malaysia.

DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD
Menteri Pengajian Tinggi
30 Disember 2020

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Pelantikan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (68 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7804
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.