logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PELANTIKAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)


Tahniah dan syabas atas pelantikan YBrs. Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang baharu, berkuat kuasa mulai 17 Januari 2022. Beliau merupakan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM.

YBrs. Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, 49 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari University of Portsmouth, United Kingdom. Beliau juga telah memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam Pengurusan Strategik pada tahun 2010 dari Universiti Putra Malaysia.

Sebagai Universiti Berfokus yang cemerlang dengan bidang fokus utama iaitu pengurusan disamping berpaksikan visi UUM sebagai “Universiti Pengurusan Terkemuka”, Kementerian percaya segala pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh YBrs. Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah mampu menggalas tanggungjawab dan meneruskan kesinambungan UUM sebagai pusat kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan perundingan yang terkemuka dalam bidang pengurusan di dalam dan luar negara.

Kementerian juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Bashawir Hj. Abdul Ghani atas segala sumbangan dan kepimpinan beliau menerajui UUM selama tiga (3) tahun sejak tahun 2018.

PROF. DATO’ DR. HUSAINI OMAR
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

19 JANUARI 2022

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Naib Canselor UUM (368 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 9704
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:19:27.