Pembayaran Bantuan One-Off RM200 Kepada Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Pada 27 Mac 2020, YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin bin Mohd. Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang meliputi bantuan secara one-off sebanyak RM200 kepada setiap pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi.

Bantuan ini diberikan kepada pelajar berstatus warganegara Malaysia dan aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 31 Mac 2020. Kementerian Pengajian Tinggi telah menyalurkan dana bantuan tersebut kepada IPT untuk diagihkan kepada pelajar yang layak. Pembayaran hanya akan dibuat ke akaun bank milik pelajar sahaja.

Walau bagaimanapun, bagi pelajar-pelajar yang masih belum menerima wang bantuan tersebut diminta untuk menghubungi Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik/ Unit Hal Ehwal Pelajar/ Unit Pembangunan Pelajar di IPT masing-masing pada kadar yang segera. Untuk senarai dan nombor telefon IPTS, sila layari: https://bit.ly/2ygNPKk

Kerajaan berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar IPT dalam tempoh PKP.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

21 Mei 2020

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 11582
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.