logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PEMBUKAAN SEMULA UPUONLINE UNTUK PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM, POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM BAGI LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2021/2022


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju membuka semula permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM ke program Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) mulai 15 Jun 2021 hingga  21 Jun 2021.

Keputusan ini diambil bagi memberi peluang kepada pelajar yang tidak berkesempatan untuk berbuat demikian dalam tempoh yang telah ditetapkan sebelum ini. Sehubungan dengan itu, pemohon boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my sama ada untuk membuat permohonan kemasukan atau  membuat pilihan program pengajian untuk melanjutkan pengajian ke IPTA dan ILKA di mana berkaitan, seperti maklumat di bawah :

Pemohon Lepasan SPMTindakanTempoh
Pelajar Yang Belum Pernah Memohon Mengemukakan Permohonan dan Memilih Program Pengajian 15 Jun 2021
(Jam 12.00 tengah hari) hingga
21 Jun 2021
(Jam 5.00 petang)
Pelajar Yang Telah Memohon Mengemaskini Pilihan Program Pengajian

Diharapkan keputusan ini dapat memberi ruang yang secukupnya kepada pelajar untuk mengemukakan permohonan bagi memudahkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
14 Jun 2021

Muat Turun:

pdf Pembukaan Semula UPUOnline Untuk Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam Bagi Lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022 (44 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 17010
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.