Hebahan

Maklumat hebahan terkini kementerian
logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN SELAMA TIGA BULAN


Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peminjam yang layak selama tiga bulan.

Peminjam PTPTN yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui Portal Rasmi PTPTN mulai 10 Jun 2021 hingga 31 Ogos 2021. Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan diluluskan. Butiran berkenaan pelaksanaan penangguhan bayaran balik pinjaman ini akan diperincikan oleh PTPTN. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh dibuat dengan menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Keputusan ini diambil kerana Kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam PTPTN yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19 dan belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.

Kerajaan sebelum ini telah menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN mulai 19 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020 kepada semua peminjam PTPTN dan penangguhan khas bayaran balik kepada peminjam PTPTN yang terkesan selama tiga (3) bulan di antara Januari 2021 hingga Mei 2021.

Diharapkan pengumuman ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh peminjam PTPTN.

DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD
Menteri Pengajian Tinggi
9 Jun 2021

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Selama Tiga Bulan (45 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 916
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Isnin 21 Jun 2021, 14:12:15.