logo kpt black

SIARAN MEDIA

LEFTENAN JENERAL DATUK ARMAN RUMAIZI HJ AHMAD DILANTIK NAIB CANSELOR UPNM KE-8


Sukacita dimaklumkan bahawa Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) yang baharu berkuat kuasa mulai 30 Januari 2025. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial dalam bidang Pengajian Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2012.

Sebelum pelantikan ini, YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi adalah merupakan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari tahun 2022 dan pernah menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota serta Panglima Markas 2 Divisyen Pulau Pinang. Beliau juga pernah dilantik sebagai penasihat ketenteraan kepada mantan Menteri Pertahanan dari tahun 2014 hingga 2018.

Dengan pengalaman dan reputasi kepimpinan yang dimiliki oleh YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi, Kementerian yakin beliau berupaya meneraju dan memperkasa tadbir urus UPNM terutama dalam mengukuhkan pentadbiran organisasi, pembangunan akademik dan penyelidikan berteraskan sains dan teknologi pertahanan bagi melahirkan bakat terbaik negara khususnya dalam sektor pertahanan dan keselamatan negara.

Kementerian turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad atas jasa bakti beliau menerajui UPNM sebelum ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi
4 Februari 2025

Muat Turun:

   pdf Siaran Media - Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad Dilantik Naib Canselor UPNM Ke-8 (48 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 150
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 07 Februari 2025, 02:56:33.

logo-sirim