SIARAN MEDIA
PROGRAM JERAYAWARA PENDIDIKAN TINGGI NEGARA, JOM
MASUK U 2025 (JMU 2025) BERMULA 22 FEBRUARI NANTI
1. Sukacita dimaklumkan bahawa program jerayawara pendidikan tinggi negara anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh Malaysia bermula pada 22 Februari hingga 18 Mei 2025.
2. JMU 2025 merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan maklumat kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) selain menggalakkan pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
3. Di samping itu, penganjuran JMU 2025 ini juga bertujuan untuk mempromosi maklumat mengenai program pendidikan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi di bawah KPT yang merangkumi Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) serta penglibatan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT). JMU 2025 menyasarkan kumpulan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, STAM dan Diploma/Setaraf.
4. Semasa berlangsungnya Program JMU 2025, calon-calon lepasan SPM dan STPM/Setaraf boleh membuat permohonan UPUOnline® Fasa Pertama yang akan dibuka mulai 10 Februari 2025 (12.00 tengah hari) hingga 14 Mac 2025 (5.00 petang) dan 14 April 2025 hingga 18 Mei 2025 bagi permohonan Fasa Kedua.
5. Pelbagai aktiviti menarik turut ditawarkan sepanjang JMU 2025 berlangsung antaranya pameran, sesi konsultasi UPUOnline®, konsultasi penajaan/ biasiswa/ pinjaman dan bantuan kewangan pendidikan tinggi, terjah reruai IPTA, cabutan bertuah, campus tour, persembahan pelajar, aktiviti bersama alumni, ruang interaktif, aktiviti keusahawan, dan banyak lagi.
6. KPT menjemput semua pihak khususnya pelajar, ibu bapa, penjaga, guru, kaunselor dan orang awam agar turut serta dalam JMU 2025 dan mengucapkan selamat maju jaya bagi pemohon UPUOnline® Sesi Akademik 2025/2026.
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® tersebut boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:-
BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62000 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
No. Tel: 03-8684 2363
E-mel:
Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram: @KEMASUKANBPKA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
12 FEBRUARI 2025
SENARAI SEPULUH (10) ZON PROGRAM JOM MASUK U 2025
(JMU 2025) BERMULA 22 FEBRUARI HINGGA 18 MEI 2025
Muat Turun:
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 2018