Tempoh Perkhidmatan Naib Canselor UKM Akan Berakhir Pada 31 Disember 2018 Seperti Yang Telah Ditetapkan Dalam Kontrak

Berhubung laporan media mengenai perkhidmatan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), YBhg Prof Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin menjelaskan bahawa tempoh pelantikan beliau seperti mana ditetapkan dalam kontrak ialah sehingga 31 Disember 2018.

Oleh itu tempoh tamat kontrak ini tiada kaitan sama sekali dengan kontroversi program wacana yang membabitkan aktivis sosial, Hishamuddin Rais pada 13 November 2018, sepertimana yang cuba dikaitkan oleh sesetengah media.

Bahkan langkah mengenal pasti calon pengganti telah dibuat sejak beberapa bulan yang lalu. Oleh itu KPM memohon kerjasama pihak media agar mengelak daripada menyiarkan laporan yang tidak tepat bagi mengelak sebarang kekeliruan.

Di kesempatan ini, YB Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg Prof Tan Sri Dr. Noor Azlan, yang telah menerajui UKM sejak tahun 2014, atas sumbangan bakti beliau.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1 DISEMBER 2018

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5432
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.