PERMOHONAN PENARAFAN SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN TINGGI (HICoE) 2020

Kaedah Permohonan :

  1. Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Instrumen HICoE bermula 6 Julai 2020
    • [ Klik sini untuk memuat turun Instrumen HICoE Teras Penyelidikan dan Inovasi ]
    • [ Klik sini untuk memuat turun Instrumen HICoE Teras Perkhidmatan ]
  2. Pengisian data di dalam Instrumen HICoE hendaklah difokuskan kepada satu (1) bidang nic terpilih dan kukuh di CoE masing-masing serta perlu berkaitan rapat dengan salah satu daripada lapan (8) bidang yang disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi

  3. Semua permohonan hendaklah disemak oleh Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan diperakukan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) IPT masing-masing. 

  4. Hanya CoE yang memenuhi syarat asas dan melepasi markah minimum penarafan sahaja yang layak untuk mengemukakan dokumentasi seperti berikut:

    a) Sesalinan surat penubuhan CoE yang diiktiraf oleh Senat dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti  (LPU);

           b)  Dua (2) hardcopy Instrumen beserta senarai utama/masterlist; dan 

          c)  Softcopy (pen drive/CD) Instrumen HICoE berserta senarai utama/masterlist dan dokumen bahan bukti.

          Dokumentasi tersebut haruslah dikemukan kepada urus setia selewat-lewatnya pada 6 Ogos 2020, jam 12.00 tengah hari.

       5. Sebarang kelewatan penghantaran softcopy dan harcopy permohonan akan menyebabkan permohonan TIDAK dipertimbang untuk proses selanjutnya.

       6. Maklumat mengenai HICoE seperti di pautan: Permohonan HICoE 2020

       7. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Puan Aini Dayana bt Md Ali
03 – 8870 6962
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Puan Norainil Hawa binti Bahrin
03 – 8870 6967
norainilhawa@Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

Cetak Emel