Permohonan Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) 2020

Lampiran_A_-_Banner_Hebahan_KKP_2020.jpg

Kaedah Permohonan :

  1. Permohonan Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) 2020 hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang A serta Borang B dan pengisian borang-borang tersebut boleh merujuk kepada Garis Panduan KKP.
  2. Cadangan penyelidikan KKP perlu berkaitan rapat dengan salah satu daripada lapan (8) bidang keutamaan yang disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
  3. Semua permohonan hendaklah disaring di peringkat IPT Ketua KKP oleh sekurang-kurangnya seorang panel berjawatan Profesor di dalam bidang kepakaran berkaitan.
  4. Pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) bagi Ketua KKP perlu memastikan hanya Kertas Cadangan Penuh KKP terbaik sahaja dihantar ke KPT. RMC kepada Ketua KKP perlu mengemukkan hanya satu (1) Senarai Induk sahaja yang menyatakan butiran permohonan KKP.
  5. KKP perlu mengemukakan Borang A dan Borang B beserta dokumen sokongan secara softcopy (pendrive) serta dua (2) salinan hardcopy kepada urus setia selewat-lewatnya pada 30 September 2020 (Rabu), jam 12.00 tengah hari.
  6. Sebarang kelewatan penghantaran softcopy dan hardcopy permohonan akan menyebabkan permohonan TIDAK dipertimbangkan untuk proses selanjutnya.
  7. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
  • Puan Aini Dayana binti Md Ali  (  Tel: 03 – 8870 6962 / 6958   Emel:  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )
  • Cik Norainil Hawa binti Bahrin  ( Tel: 03 – 8870 6967 / 6963 Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )

Cetak Emel