Hebahan

Maklumat hebahan terkini kementerian

Call for Innovation: Saving Women’s Lives from Cancer

Hab inovasi ‘Engage’ di bawah Bank Pembangunan Islam (IsDB) baru-baru ini telah melancarkan program ‘Call for Innovation: Saving Women’s Lives from Cancer’ dengan kerjasama bersama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan penilaian teknikal bersama World Health Organisation (WHO).

Kerjasama global ini diadakan dengan tujuan untuk mengenal pasti, menggalakkan dan memberikan ganjaran kepada kertas cadangan yang inovatif dalam memacu kemajuan dalam kawalan penyakit kanser payudara dan pangkal rahim di samping membantu dalam mengukuhkan sistem kesihatan kebangsaan di kalangan negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Empat (4) pemenang akan membawa pulang wang tunai sejumlah USD 50,000 setiap satu dan juga sijil pengiktirafan di bawah kategori pengesanan awal yang melibatkan kos rendah dan penyelesaian diagnostik; dan projek pembinaan kapasiti dalam promosi kanser, pencegahan atau rawatan.

IsDB mempelawa warga universiti/ kolej/ institusi penyelidikan yang berminat untuk memohon geran dan mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup pada 15 Ogos 2021. Maklumat lanjut berkenaan program tersebut boleh didapati https://www.isdb-engage.org/en/custom/newsidb/view/64789.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 250
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Jumaat 23 Julai 2021, 15:37:21.