[CALL FOR NOMINATION] UNESCO-Japan Prize on Education for Sustainable Development (ESD)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) telah menerima jemputan pelawaan bagi pencalonan UNESCO-Japan Prize on Education for Sustainable Development (ESD). Anugerah yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Jepun ini bakal dianugerahkan kepada institusi/organisasi/entiti yang telah melaksanakan projek/program berimpak tinggi dalam bidang ESD. Perincian lanjut berhubung penganugerahan ini adalah seperti di pdf UNESCO Japan Prize on ESD - Lampiran A (331 KB)

  2. Sebagai makluman tambahan pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, sebanyak tiga (3) pemenang akan dipilih untuk menerima anugerah ini di mana setiap pemenang akan menerima wang berjumlah USD50,000 dan akan dijemput untuk menyertai ESD for 2030 Global Network (ESD-Net). Bagi menggalakkan pencalonan lebih ramai lagi ahli akademik/penyelidik/individu yang berkelayakan untuk merangkul anugerah tersebut, jasa baik dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan adalah dimohon untuk menyebar luas hebahan berhubung jemputan pelawaan bagi pencalonan UNESCO-Japan Prize on ESD kepada mana-mana individu yang berminat.

  3. Setiap individu yang berminat perlu melengkapkan borang permohonan pencalonan ( pdf UNESCO Japan Prize on ESD - Lampiran B (177 KB) ) dan mengemukakan borang tersebut kepada Bahagian ini menerusi alamat e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum/pada 12 April 2021 (Isnin) untuk tujuan penyelarasan selanjutnya bersama pihak SKUM. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dikemukakan kepada Puan Noorfazlina binti Mohd Shahid di talian 03-88706243.

Segala jasa baik dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, salam hormat,

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Bahagian Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pengajian Tinggi

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2621
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.