• Laman Utama
  • Hebahan
  • Pengumuman
  • Jemputan Menyertai Pertandingan Bersempena dengan Festival Teknofest, 30 April– 6 Mei 2023 Di Istanbul, Turkiye

Jemputan Menyertai Pertandingan Bersempena dengan Festival Teknofest, 30 April– 6 Mei 2023 Di Istanbul, Turkiye

Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima Nota Diplomatik daripada Kedutaan Besar Turkiye di Kuala Lumpur melalui Kementerian Luar Negeri bernombor rujukan Z-2022/38512975/35113940 bertarikh 27 Oktober 2022 berhubung jemputan untuk menyertai pertandingan-pertandingan bersempena dengan Festival Teknofest yang bakal berlangsung dari 30 April sehingga 6 Mei 2023 bertempat di Istanbul, Turkiye.
Pertandingan ini terbuka kepada pelbagai kategori dari peringkat sekolah rendah dan pengajian tinggi sehingga ke sektor swasta. Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman sesawang https://teknofest.org/tr/competitions/ . Penyertaan juga boleh dikemukakan melalui laman sesawang yang sama. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 November 2022.

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini di lampirkan sesalinan nota diplomatik berserta maklumat berkaitan untuk perhatian dan penyertaan bagi yang berminat.

Muat Turun:

pdf Teknofest.pdf (434 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2061
Logo KPT
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Jumaat 25 November 2022, 11:55:20.