KPT - Kaedah Permohonan Sempena Pembukaan HICoE 2021

Kaedah Permohonan Sempena Pembukaan HICoE 2021

Kaedah Permohonan :

  1. Permohonan penarafan sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) hendaklah dibuat dengan melengkapkan dokumentasi berikut bermula pada 13 April 2021 (Selasa) sehingga 27 Mei 2021 (Khamis).

  2. Pengisian data di dalam Instrumen HICoE hendaklah difokuskan kepada satu (1) bidang nic terpilih dan kukuh di CoE masing-masing serta perlu berkaitan rapat dengan salah satu daripada 14 bidang nic yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan panduan permohonan HICoE perlu merujuk kepada pdf Lampiran E - Garis Panduan HICoE 2021 (464 KB) .

  3. Semua permohonan hendaklah disemak oleh Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan diperakukan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di IPT masing-masing.

  4. Hanya CoE yang memenuhi syarat asas dan melepasi markah minimum penarafan sahaja yang layak untuk mengemukakan dokumentasi seperti berikut :

    • Sesalinan surat penubuhan CoE yang diiktiraf oleh Senat dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU);
    • Sesalinan Ringkasan Eksekutif Bidang Nic HICoE;
    • Dua (2) hardcopy Instrumen HICoE beserta senarai utama/masterlist; dan
    • Softcopy (Pen Drive) Instrumen HICoE dan senarai utama/masterlist beserta dokumen bahan bukti.

    Dokumentasi tersebut haruslah dikemukakan kepada urus setia selewat-lewatnya pada 27 Mei 2021 (Khamis), jam 12.00 tengah hari.

  5. Sebarang kelewatan penghantaran softcopy dan hardcopy permohonan akan menyebabkan permohonan TIDAK dipertimbang untuk proses selanjutnya.

  6. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

    Puan Aini Dayana binti Md Ali
    03 – 8870 6962
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Cik Aisyah Abibah binti Mohamad Radzali
    03 – 8870 6967
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..m

  7. Muat turun semua dokumen berkaitan: folder Higher Institution Centre of Excellence (HICoE)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3131
Logo KPT
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Isnin 06 Disember 2021, 12:54:04.