My Beautiful New Home

logo mybn home
Nama Projek
My Beautiful New Home (My BN Home)
Lokasi Projek
Taman Mohd Wazir, Batu 10, Lekir, Perak
Keluasan Lantai Rumah
750 meter persegi
Jumlah Unit Keseluruhan
50 buah rumah (3 Fasa Pembinaan)
Tarikh Mula
1 Februari 2017

KEISTIMEWAAN PROJEK INI

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

  1. Kemahiran

    Pelajar akan dapat mempelajari kaedah pembinaan daripada proses Setting Out, penyediaan tapak, pembinaan dinding, bumbung, pemasangan pintu dan tingkap, skim coat dan mengecat.

  2. Pengalaman Pembinaan

    Pensyarah dan pelajar dapat merasai pengalaman sebenar di tapak dan mempelajari kaedah IBS. Pensyarah dan pelajar melaksanakan sendiri semua kerja-kerja di tapak, sama seperti pekerja binaan yang lain. Mereka bekerja bermula 8.00 pg - 5.00 ptg setiap hari. Mereka akan diberi taklimat untuk memulakan kerja dan dipantau oleh 'site supervisor' yang berpengalaman.

  3. Knowledge Transfer

    Mempelajari kaedah pembinaan daripada industri untuk dipelajari oleh pelajar dan pensyarah. Pelajar dan pensyarah dapat mempelajari kaedah pembinaan dan teknologi yang digunakan iaitu Teknologi HyperBIM. Sebuah rumah boleh siap dibina dalam tempoh 10 hari (sekiranya tiada sebarang masalah teknikal / luar jangka seperti cuaca, penerimaan bahan, logistik dan lain-lain)

  4. Sukarelawan

    Sukarelawan pelajar adalah daripada Kolej Komuniti dan Politeknik. Pelajar akan turun secara berperingkat untuk melaksanakan pembinaan rumah tersebut. Pelajar akan terlibat sekurang-kurangnya 10 hari dimana pelajar akan terlibat dengan keseluruhan 'cycle' pembinaan untuk sebuah rumah yang siap dalam masa 10 hari. Kolej Komuniti yang terlibat :

    Jumlah pelajar: 181 orang

    1. Kolej Komuniti Sabak Bernam
    2. Kolej Komuniti Tapah
    3. Kolej Komuniti Sg. Siput
    4. Kolej Komuniti Teluk Intan

    Politeknik yang terlibat :

    1. Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam
  • pelan mybnhome
    Pelan My BN Home
  • lowres 1
  • lowres2
  • lowres3
  • lowres4
  • lowres5
  • lowres8
 

TEKNOLOGI YANG DIGUNAKAN

Teknologi HyperBIM ini merupakan ‘Monolithic Housing System’ dimana ianya mengabungkan penggunaan alluminium formwork dan Special mix-compacting concrete. Sistem ini juga menggunakan Buiding Information Modelling (BIM) bagi tujuan kolaborasi dalam proses pembinaan daripada rekabentuk sehingga ke pengurusan fasiliti.

Maklumat dari Pengurus Projek dan team teknikal My BN Home Manjung / Rumah Komuniti Besut
En.Bukhari b. Othman, pensyarah Kolej Komuniti Sabak Bernam

Facebook rasmi MyBn Home: My Beautiful New Home Manjung - My BN Home (https://www.facebook.com/My-Beautiful-New-Home-Manjung-My-BN-Home-410952062592132/)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 15278
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 23 April 2024, 10:59:17.