Pelan Pemulihan Negara

Hala Tuju Malaysia Untuk Keluar Daripada Kemelut Pendemik COVID-19 Dengan Selamat

Pelan hala tuju ini merangkumi rancangan empat fasa untuk melonggarkan sekatan secara berhati-hati dan selamat serta bersandarkan kepada kadar vaksinasi populasi. Menerusi PPN, Kerajaan mensasarkan untuk mengurangkan sekatan dalam cara yang dapat mencapai lima objektif berikut:

  1. Melindungi kesihatan awam dengan menangani penularan, meminimumkan kemasukan ke hospital dan kematian;
  2. Memastikan bahawa sistem penjagaan kesihatan awam dapat bertahan secara mampan;
  3. Mempercepatkan vaksinasi untuk melindungi rakyat;
  4. Membuka semula sektor ekonomi dan sosial secepat dan seadil mungkin; dan
  5. Bersikap responsif dan fleksibel dalam penyesuaian kepada persekitaran yang sentiasa berubah.

Muat turun dokumen berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Pelan Pemulihan Negara:

  1. pdf Infografik Pelan Pemulihan Negara (1.17 MB)
  2. pdf Laporan Pelan Pemulihan Negara (17.90 MB)
  3. pdf PAMPHLET Pelan Pemulihan Negara (1.67 MB)
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 8249
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.