Hebahan

Maklumat hebahan terkini kementerian
  • Laman Utama
  • Hebahan
  • Pengumuman
  • Pelanjutan tarikh tutup permohonan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) dan 2 kategori anugerah baharu bahasa melayu tahun 2021

Pelanjutan tarikh tutup permohonan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) dan 2 kategori anugerah baharu bahasa melayu tahun 2021

ATABM merupakan anugerah berprestij bagi mengiktiraf sumbangan individu daripada ahli akademik pelbagai bidang dalam memartabatkan Bahasa Melayu menerusi kerjaya mereka. Selain itu, bagi menghargai usaha ahli akademik daripada sektor teknikal dalam memartabatkan Bahasa Melayu, dua anugerah baharu dibuka pada tahun ini. Dua anugerah tersebut adalah Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu (ATHABM) dan Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Teknikal (ATBMST).

Calon yang berjaya akan dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Bahasa Melayu/ Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu/ Tokoh Bahasa Melayu Sektor Teknikal dan akan menerima sijil penganugerahan daripada Kementerian Pengajian Tinggi, piala iringan serta wang penghargaan.

Sukacita dimaklumkan bahawa, berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 Diperketatkan permohonan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) dan dua kategori anugerah baharu bahasa Melayu bagi Tahun 2021 yang telah dibuka mulai 31 Mei 2021 (Isnin) dilanjutkan sehingga 25 Julai 2021 (Ahad). Selaras dengan itu, YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dialu-alukan untuk mengemukakan permohonan ATABM/ ATHABM / ATBMST 2021 tertakluk kepada syarat dan peraturan permohonan. Untuk maklumat lanjut, YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan boleh melayari  hebahan beserta maklumat lengkap di laman sesawang Portal ATABM di: http://atabm.mohe.gov.my.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

URUS SETIA
ANUGERAH TOKOH AKADEMIK BAHASA MELAYU (ATABM)
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 13, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P Putrajaya
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

dan

URUS SETIA
ANUGERAH TOKOH BAHASA MELAYU SEKTOR TEKNIKAL (ATBMST)
Bahagian Kurikulum
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, Galeria PjH, Jalan P4w
Persiaran Perdana, Presint 4
62100 W.P. PUTRAJAYA
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 494
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Jumaat 23 Julai 2021, 15:37:21.