Pemakluman Pelawaan Menyambung Pengajian Universiti Di Morocco Bagi Sesi Kemasukan 2021/2022

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah menerima pelawaan daripada Kedutaan Besar Morocco di Malaysia bagi permohonan pengajian ke Universiti di Morocco bagi sesi 2021/2022 dalam bidang Pengajian Islam. Permohonan kategori lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dibuka dalam masa terdekat. Pemohon boleh melayari maklumat lanjut dan boleh membuat permohonan secara dalam talian dipautan https://dohe.mohe.gov.my apabila permohonan dibuka.

Sehubungan itu, pemohon yang memenuhi syarat kelayakan perlu menyediakan dokumen berikut untuk dimuat naik dalam sistem dan dihantar secara fizikal dokumen apabila permohonan dibuka.Berikut adalah dokumen yang perlu disediakan :-

  • Dua (2) Terjemahan Sijil Pelajaran Malaysia yang asal
  • Dua (2) Terjemahan Surat Beranak yang asal
  • Dua (2) Salinan Passport Antarabangsa
  • Dua (2) Salinan Kad Pengenalan
  • Dua (2) gambar berukuran passport yang ditulis nama penuh dan status warganegara dibelakang gambar
  • Laporan ‘medical check up’ dari hospital/klinik kerajaan

Kementerian ini TIDAK MELANTIK mana-mana wakil orang perseorangan atau wakil pihak ketiga (ejen luar) bagi pengurusan pelajar sepanjang pengajian di Morocco. Sebagai makluman, pengurusan permohonan dan pengajian bersama mana-mana wakil tersebut adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut :

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA

No. Tel : 03-8870 6217/ 6226 / 6620 / 6608 / 6635
No. Faks. : 03-8870 6853
e-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 23372