Pembukaan permohonan projek di bawah inisiatif PPRN 2.0 bagi Fasa 1 tahun 2022

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Seksyen Penyelidikan dan Public-Private Research Network (PPRN), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar akan membuka permohonan projek di bawah inisiatif PPRN 2.0 bagi Fasa 1 tahun 2022 pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh buka

:

14 Januari 2022

Tarikh tutup           

:

25 Februari 2022

Kaedah permohonan

:

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut :  https://epprn.mohe.gov.my (akses ke laman web ini akan diaktifkan bermula pada 1 Februari 2022).

Lampiran              

:

Garis Panduan Pelaksanaan Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (Garis Panduan Bil.1 Tahun 2021)

Untuk makluman, mulai tahun 2022, permohonan projek PPRN secara sepenuhnya akan dibuat secara dalam talian melalui sistem PPRN yang telah dibangunkan bagi menggantikan kaedah manual yang digunakan sebelum ini.

Sehubungan itu, pihak Sekretariat PPRN ingin memohon kerjasama pihak Tuan untuk membuat hebahan berkenaan pembukaan permohonan projek PPRN 2.0 Fasa 1 tahun 2022 seperti butiran di atas di dalam laman web rasmi KPT. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini boleh diajukan kepada Sekretariat PPRN di talian 03-8870 5110 atau 03-8870 6000 sambungan 5100 atau melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Muat Turun :

  pdf Garis Panduan PPRN 2.0 (660 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6003
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 16 April 2024, 08:56:15.