Penawaran Biasiswa Pengajian Tinggi oleh Universiti Maritim Vietnam

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Maritim Vietnam menerusi Kementerian Luar Negeri (KLN) telah memanjangkan hebahan berhubung penawaran biasiswa kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Vietnam.

Penawaran biasiswa ini merupakan salah satu inisiatif Universiti Maritim Vietnam untuk menggalakkan lebih ramai pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di universiti tersebut. Perincian ringkas berhubung penawaran biasiswa tersebut adalah seperti yang berikut:

Mod pengajian

:

Sepenuh masa

Peringkat pengajian

:

Ijazah Sarjana Muda

Kursus pengajian

:

·   Global Studies and Maritime Affairs

·   International Business and Logistics

·   Marketing Management

Bersama-sama ini dikemukakan lampiran berhubung perincian penawaran biasiswa tersebut untuk perhatian dan rujukan pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan jua.

Muat Turun:

  1. pdf Scholarship (454 KB)
  2. pdf Letter from Vietnam Maritime University (512 KB)
  3. document Document list (17 KB)
  4. document APPLICATION FORM PHIẾU ĐĂNG KÝ (26 KB)
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5153
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.