Penawaran Biasiswa Pengajian Tinggi oleh Universiti Teknologi Thai Nguyen, Vietnam

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Teknologi Thai Nguyen (TNUT), Vietnam menerusi Kementerian Luar Negeri (KLN) telah memanjangkan hebahan berhubung penawaran biasiswa kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Vietnam.

Penawaran biasiswa ini merupakan salah satu inisiatif TNUT untuk menggalakkan lebih ramai pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di universiti tersebut. Perincian ringkas berhubung penawaran biasiswa tersebut adalah seperti yang berikut:

 Jumlah kuota yang ditawarkan

:

32 biasiswa

Mod pengajian

:

Sepenuh masa

Peringkat pengajian

:

· Ijazah Sarjana Muda

· Ijazah Sarjana

· Ijazah Doktor Falsafah

Bersama-sama ini dikemukakan lampiran berhubung perincian penawaran biasiswa tersebut untuk perhatian dan rujukan pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan jua.

Muat Turun:

  1. pdf Official Letter No. 376 (184 KB)
  2. pdf Instruction for Submission (105 KB)
  3. pdf Application Form (73 KB)
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 8820
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 24 April 2024, 16:08:46.