Ditulis pada . Disiarkan dalam Pengumuman.

Pengambilan Pelajar ke Program Huawei Seeds For The Future bagi Tahun 2021 Secara dalam Talian

Terbuka kepada pelajar universiti awam/swasta!

Program Seeds for The Future anjuran syarikat Huawei Technologies adalah sebuah program perdana CSR global yang diperkenalkan semenjak tahun 2008. Program ini bertujuan untuk membangunkan bakat ICT tempatan, meningkatkan perpindahan pengetahuan, menggalakkan pemahaman yang lebih luas mengenai sektor ICT dan menggalakkan pembangunan serantau serta penyertaan dalam komuniti digital.

Huawei Technologies dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi mengadakan sesi permohonan secara terbuka di laman sosial Facebook Huawei kepada calon-calon yang berminat untuk menyertai program ini.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar secara langsung terhadap pengalaman ICT dengan mempelajari teknologi terkini dalam dunia industri, adat resam serta budaya masyarakat di China.

Selain itu, pelajar akan mendapat peluang untuk mempelajari teknologi ICT terkini daripada Huawei, meningkatkan pemindahan ilmu, menggalakkan pemahaman dan minat yang lebih tinggi dalam sektor telekomunikasi, serta menggalakkan penglibatan serantau dalam komuniti digital.

Semenjak 2014, seramai 96 orang pelajar universiti tempatan telah berjaya dan berpeluang mendapat pendedahan secara langsung melalui pengalaman selama dua (2) minggu di Beijing dan Shenzhen, China. Seperti Tahun 2020, Huawei Seeds for The Future 2021 akan dilaksanakan secara atas talian, langsung dari ibu pejabat Huawei sejajar dengan kekangan dan sekatan perjalanan akibat dari pandemik Covid-19.

Syarat dan keterangan lanjut mengenai program adalah seperti tertera pada poster. Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, boleh layari https://www.huawei.com/minisite/seeds-for-the-future/index.html

Muat Turun

  1. pdf Huawei Seed of The Future 2021 Programme (840 KB)
  2. pdf Huawei Seed of The Future 2021 Programme Intro (307 KB)