Permohonan ASEAN-China Young Leaders Scholarship Programme (ACYLS)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk Seri / Dato’/ Dr. / Datin / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa ASEAN-China Young Leaders Scholarship Programme (ACYLS) telah dibuka untuk permohonan bagi pengambilan tahun 2021. Maklumat terperinci berkaitan penawaran biasiswa ini adalah seperti di Lampiran.

  2. YBhg. Datuk / Dato’/ Datin / YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan boleh memohon biasiswa ini melalui http://www.csc.edu.cn/studyinchina atau http://www.campuschina.org serta mengemukakan salinan dokumen-dokumen berkaitan kepada Bahagian ini sebelum atau pada 17 Mei 2021 (Isnin) untuk tujuan penyelarasan selanjutnya.

Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, salam hormat.

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Bahagian Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pengajian Tinggi

Muat Turun:

  1. pdf Call for applications to the ASEAN-China Young Leaders Scholarship (ACYLS) 2021
  2. pdf Guidebook to ACYLS 2021
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6192
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.