KPT - Tawaran Biasiswa untuk Melanjutkan Pelajaran Di Universiti-universiti Di Arab Saudi

Tawaran Biasiswa untuk Melanjutkan Pelajaran Di Universiti-universiti Di Arab Saudi

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian ini telah menerima sesalinan Nota Diplomatik daripada Kementerian Luar Negeri (KLN) memaklumkan mengenai tawaran biasiswa daripada Kerajaan Arab Saudi (KSA). Dalam hal ini, sebanyak 300 kuota tawaran biasiswa telah di tawarkan oleh KSA kepada semua pelajar Malaysia. Bersama-sama ini dipanjangkan Nota Diplomatik berserta lampirannya yang  menerangkan dengan lebih lanjut berhubung maklumat biasiswa, syarat-syarat permohonan, cara-cara permohonan,  kursus-kursus spesifik yang ditawarkan serta pautan-pautan universiti di KSA bagi memohon biasiswa ini.

Untuk makluman jua, sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini bolehlah diajukan secara terus kepada Pejabat Atase Kebudayaan (Cultural Attache), Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur melalui talian 03-42579433 / 42579825 03-42579831 / 42579748 atau melalui alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Muat Turun:

pdf Scholarship Program in the Kingdom of Saudi Arabia (1.85 MB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 55
Logo KPT
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Isnin 06 Disember 2021, 12:54:04.