Tawaran Higher Education for ASEAN Talents (HEAT): Scholarship Opportunity for ASEAN Faculty Members in the Republic of Korea (ROK)
Sukacita dimaklumkan bahawa Korean Council for University Education (KCUE) menerusi program Higher Education for ASEAN Talents (HEAT): Scholarship Opportunity for ASEAN Faculty Members in the Republic of Korea (ROK) telah mempelawa ahli-ahli akademik dari negara-negara ASEAN termasuk Malaysia untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran di Republik Korea (ROK) dari 1 September 2022 sehingga 31 August 2025.
Untuk makluman, program HEAT yang dibiayai oleh ASEAN-Korea Cooperation Fund (AKCF) ini bertujuan untuk membuka lebih banyak peluang kepada ahli akademik negara-negara ASEAN untuk melanjutkan pengajian di ROK dengan matlamat untuk meningkatkan kepakaran serta meningkatkan jalinan kerjasama di dalam bidang pendidikan tinggi di antara ROK dan ASEAN. Permohonan perlu dihantar terus kepada host university mengikut tarikh tutup berikut:
Universiti |
Tarikh tutup permohonan |
Chung-Ang University |
8 April 2022 |
Ewha Womans Univeristy |
18 Mac 2022 |
Jeonbuk National University |
25 Mac 2022 |
Kangwon National University |
11 Mac 2022 |
Korea University |
25 Mac 2022 |
Kyung Hee University |
18 Mac 2022 |
Maklumat terperinci berkaitan penawaran biasiswa ini adalah seperti di Lampiran seperti berikut:
1) Guidelines – containing details on the eligibility criteria, as well as details of host universities and degree programme
2) Required documents – forms needed to be completed and submitted by applicants
3) HEAT Scholarship Program poster – in English
4) HEAT Program overview in Bahasa Malaysia
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Dato' Seri / Dato’/ Datin / Prof. / YBrs. Dr. / Tuan / Puan juga boleh menghubungi terus Ms. Jeongyoon Won, Bahagian Kerjasama Antarabangsa, KCUE menerusi alamat e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Phone: +82-2-6919-3917 / Fax: +82-2-6919-3820
Muat Turun :
pdf [KCUE] HEAT Higher Education for ASEAN Talents Malaysia (145 KB)
pdf HEAT Scholarship Program (670 KB)
document HEAT Scholarship Program (Required documents) (47 KB)
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 6331