Tawaran Program Biasiswa di bawah Tajaan Bank Pembangunan Islam (ISDB) bagi Tahun Akademik 2021 / 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Bank Pembangunan Islam (IsDB) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa dalam bidang berkaitan bagi tahun akademik 2021 / 2022. Turut dimaklumkan bahawa tawaran biasiswa ini meliputi bayaran yuran pengajian, kos sara hidup bulanan, kos perubatan di hospital universiti / kerajaan serta tiket penerbangan pergi-balik di kelas ekonomi. Penerima biasiswa juga adalah turut terikat kepada syarat untuk membayar balik 50% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan pengajian setelah menamatkan pengajian dan berjaya mendapatkan pekerjaan yang menguntungkan.

  2. Perincian berhubung tawaran tersebut adalah seperti yang berikut:

    Peringkat Pengajian:

    Mode Pengajian : Sepenuh masa

    Tarikh Tutup Permohonan : 28 Februari 2021 (Ahad)

  3. Calon-calon yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan tawaran biasiswa tersebut dan mengemukakan permohonan melalui laman sesawang IsDB di www.isdb.org/scholarship. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung penawaran biasiswa ini boleh dibuat melalui e-mel secara terus kepada pihak IsDB di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

Bahagian Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pengajian Tinggi

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2739
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.