Hebahan

Maklumat hebahan terkini kementerian

UNESCO Sultan Qaboos Prize for Environmental Conservation 2021

Negara anggota UNESCO telah dipelawa untuk memajukan pencalonan bagi UNESCO Sultan Qaboos Prize for Environmental Conservation 2021. Anugerah ini adalah untuk menghargai individu, kumpulan, institusi atau organisasi yang telah memberikan sumbangan terhadap pemeliharaan alam sekitar. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 anugerah ini diwujudkan dan ianya diadakan setiap 2 tahun serta turut menawarkan wang tunai USD100,000 dan sijil daripada Kerajaan Oman.

Setiap pemohon yang berminat dikehendaki melengkapkan borang permohonan pencalonan dan mengemukakan dokumen sokongan yang berkaitan berserta curriculum vitae (cv) pemohon kepada Bahagian Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pengajian Tinggi menerusi alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan disalinkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya pada 1 Julai 2021 (Khamis) untuk tujuan penyelarasan selanjutnya bersama pihak Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dikemukakan kepada Puan Noorfazlina binti Mohd Shahid di talian 03-88706243/019-3880534.

Setiap permohonan perlu disertai dengan sokongan dan rujukan oleh tiga (3) pihak yang arif tentang inisiatif yang sedang dilaksanakan. Bersama-sama ini dilampirkan dokumen berkaitan serta borang pencalonan untuk makluman dan rujukan pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan jua. Maklumat lanjut juga boleh diperolehi menerusi pautan berikut https://en.unesco.org/mab/awards#sultan-qaboos.

Muat Turun

pdf Call for nominations for the UNESCO Sultan Qaboos Prize for Environmental Conservation 2021

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 473
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Isnin 21 Jun 2021, 14:12:15.