PPPM (PT)

1. Apa itu PPPM(PT)?

PPPM(PT) ialah singkatan yang digunakan untuk merujuk kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi).

2. Apakah asas kepada pembentukan PPPM(PT)?

PPPM(PT) adalah kesinambungan daripada kajian semula Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) 2007-2020 serta penyelarasan PPPM (Prasekolah hingga Pendidikan Lepas Menengah) 2013-2025, yang bertujuan untuk meningkatkan dan memartabatkan sistem pendidikan tinggi negara.

3. Apakah aspirasi PPPM(PT)?

PPPM (PT) dirangka berlandaskan lima aspirasi yang juga dinyatakan dalam PPPM iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

4. Berapa lamakah tempoh pelaksanaan PPPM(PT)?

Tempoh pelaksanaan ialah 11 Tahun (2015-2025).

5. Nyatakan lonjakan yang terdapat dalam PPPM(PT)?

Terdapat 10 Lonjakan dalam PPPM(PT) iaitu:
  • Lonjakan 1: Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang
  • Lonjakan 2: Kecemerlangan Bakat
  • Lonjakan 3: Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat
  • Lonjakan 4: Graduan TVET Berkualiti
  • Lonjakan 5: Kemampanan Kewangan
  • Lonjakan 6: Pemantapan Tadbir Urus
  • Lonjakan 7: Ekosistem Inovasi
  • Lonjakan 8: Keunggulan Global
  • Lonjakan 9: Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global
  • Lonjakan 10: Transformasi Penyampaian Pendidikan Tinggi
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 27988
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.