logo kpt black

SOALAN LAZIM

PERGERAKAN PULANG PELAJAR IPT SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI


  1. Bilakah tarikh pelajar dibenarkan pulang dan kembali ke kampus?

    Pelajar dibenarkan bergerak pulang bermula 7 sehingga 12 Mei 2021. Manakala, pergerakan pelajar untuk kembali semula ke kampus adalah pada 15 sehingga 20 Mei 2021.

  2. Siapakah yang dibenarkan pulang?

    Pelajar yang berada di kawasan PKPP, PKPB  dan PKP sahaja kecuali negeri Sarawak. Pelajar yang berada di lokaliti PKPD tidak dibenarkan pulang.

  3. Adakah pelajar diwajibkan untuk menjalani ujian swab semasa kembali semula ke kampus?

    Tidak. Hanya pelajar yang memasuki Sabah sahaja yang perlu menjalani ujian swab dan tertakluk kepada arahan semasa Kerajaan Negeri.

    Pelajar yang memasuki Sabah adalah diwajibkan menjalani Ujian Swab RT-PCR atau RTK-Ag dalam tempoh tiga (3) hari sebelum pergerakan ke Sabah.

  4. Adakah kos pergerakan pelajar ditanggung oleh KPT atau IPT?

    Segala kos pergerakan pulang dan kembali ke kampus, termasuk bagi menjalani ujian swab adalah di bawah tanggungan pelajar sendiri.

  5. Adakah semua pelajar dibenarkan kembali ke kampus selepas cuti perayaan Aidilfitri?

    Hanya pelajar yang telah pulang dan pelajar yang telah dikenal pasti oleh pihak Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) serta di bawah kategori pelajar berkeperluan (6 kategori) sahaja yang dibenarkan kembali ke kampus selepas cuti Aidilfitri.

  6. Bagaimanakah kaedah pergerakan pelajar pulang dan kembali semula ke kampus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri?

    IPT akan menyelaras dan menjadualkan pergerakan pelajar secara berfasa dan mengeluarkan surat pelepasan perjalanan rentas daerah/negeri bagi memudahkan pergerakan pelajar. Kos perjalanan ditanggung sendiri oleh pelajar.

  7. Adakah pelajar dibenarkan pulang dari/ke Sabah dan Labuan?

    Ya, dibenarkan dengan pematuhan kepada SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

  8. Apakah kaedah pergerakan yang boleh digunakan oleh pelajar untuk pulang dan kembali ke kampus?

    Pelajar boleh menggunakan beberapa kaedah iaitu:

    1. menggunakan kenderaan sendiri; atau
    2. ibu bapa/penjaga boleh mengambil/menghantar pelajar; atau
    3. IPT membantu menguruskan pergerakan pelajar menggunakan bas IPT atau bas sewa.
  9. Adakah pelajar dibenarkan menggunakan kenderaan awam untuk pergerakan pulang dan kembali ke kampus?

    Pelajar TIDAK dibenarkan menggunakan kenderaan awam kecuali perkhidmatan penerbangan.

  10. Bagaimanakah ibu bapa / penjaga dapat melakukan pergerakan merentas daerah/negeri bagi tujuan mengambil/menghantar pelajar?

    Pergerakan ibu bapa / penjaga pelajar yang melibatkan keperluan merentas daerah atau negeri perlu membawa bersama surat pelepasan perjalanan rentas daerah/negeri yang dikeluarkan oleh IPT dan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN.

  11. Adakah pelajar boleh memandu kenderaan sendiri untuk pulang ke kampung?

    Ya. Pelajar dibenarkan memandu kenderaan sendiri dengan surat kebenaran yang dikeluarkan oleh pihak IPT.

  12. Adakah pelajar / ibu bapa / penjaga masih perlu mendapatkan surat kebenaran rentas daerah / negeri dari Ibu Pejabat Polis?

    Tidak perlu. Pelajar/ ibu bapa / penjaga hanya menggunakan surat pelepasan perjalanan rentas daerah/negeri bagi tujuan pulang sempena cuti perayaan Aildilfitri atau kembali ke kampus yang disediakan oleh pihak IPT.

  13. Adakah pelajar daripada kawasan PKP perlu menjalani proses pengasingan/kuarantin?

    Bagi pelajar yang pulang ke kawasan PKP di Kelantan, semua pelajar perlu menjalani pengasingan kendiri di rumah/kediaman masing-masing selama 6 hari.

    Bagi pelajar yang kembali dari kawasan PKP, semua pelajar perlu menjalani proses pengasingan di kampus.

  14. Adakah pelajar bersama ahli keluarganya yang berada di kampus dibenarkan kesemuanya untuk merentas daerah/negeri pulang sempena sambutan Aidilfitri?

    Tidak. Kebenaran untuk pulang hanya diberikan untuk pelajar sahaja dan tidak termasuk ahli keluarganya.

  15. Adakah pelajar antarabangsa dibenarkan untuk menziarahi rakan-rakan di daerah/negeri lain?

    Tidak. Kebenaran hanya diberikan bagi pelajar untuk melawat keluarga sahaja.

  16. Adakah pelajar antarabangsa dibenarkan pulang ke negara masing-masing bagi menyambut Aidilfitri?

    Ya. Pelajar antarabangsa dibenarkan pulang berdasarkan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan negara asal pelajar.

  17. Berapakah tempoh masa yang dibenarkan untuk mengambil dan menghantar anak?

    Tempoh masa maksima yang dibenarkan untuk mengambil dan menghantar anak adalah 2 hari dari tarikh yang dibenarkan.

  18. Adakah kebenaran pulang ini juga melibatkan pelajar berkeperluan (6 kategori) yang meneruskan pembelajaran secara hibrid dan menetap di luar kampus atau sekitar universiti?

    Ya, kebenaran pulang dan kembali ke universiti ini juga melibatkan pelajar yang menetap di luar atau sekitar kampus dengan pematuhan terhadap SOP yang sama.

  19. Berapa ramaikah ibu bapa/ penjaga yang dibenarkan untuk mengambil dan menghantar anak?

    Bilangan ibu bapa/penjaga yang mengambil dan menghantar anak adalah tidak melebihi 2 orang sahaja tidak termasuk pelajar.

  20. Adakah pelajar IPT yang menjalani latihan industri dibenarkan untuk pulang?

    Ya. Pelajar latihan industri dibenarkan pulang dan kembali semula ke tempat latihan mereka selepas tamat cuti Aidilfitri.

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, sila hubungi:

  1. Pegawai Penyelaras di IPT masing-masing; atau
  2. Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6949/6623/6628.

Muat Turun

  1. pdf FAQ - Pergerakan Pelajar IPT Pulang Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri 2021 (format .pdf) (224 KB)
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 69382