Perintah Kawalan Pergerakan, Kementerian Pengajian Tinggi

Soalan Lazim (Faq’s)

A) UNIVERSITI AWAM (UA) DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS)

1. Bagaimana dengan pengurusan pelajar bagi yang tidak dapat pulang ke rumah masing-masing?

Bagi pelajar UA dan IPTS tempatan yang masih berada di kampus (kolej kediaman, rumah sewa atau kediaman peribadi yang lain) perlu KEKAL berada di premis tersebut dan TIDAK DIBENARKAN kembali ke kampung halaman walaupun bagi pelajar yang telah membeli tiket pengangkutan.

Pelajar UA dan IPTS antarabangsa DIBENARKAN untuk pulang ke negara asal masing- masing tetapi TIDAK DIBENARKAN kembali ke Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, atau apa-apa tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Pelajar antarabangsa yang tidak pulang perlu KEKAL berada di kediaman kampus (kolej kediaman, rumah sewa atau kediaman peribadi yang lain) masing-masing.

Para pelajar hendaklah melaporkan kepada pihak pengurusan UA dan IPTS dan tertakluk kepada perintah yang berkuatkuasa. UA dan IPTS perlu bertanggungjawab ke atas keperluan asas, keselamatan dan kebajikan pelajar sepanjang keberadaan mereka di kampus.

2. Adakah operasi perkhidmatan diteruskan di kampus?

Semua operasi di UA dan IPTS adalah ditutup sepenuhnya kecuali perkhidmatan penting (essential services) seperti air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, keselamatan, pembersihan, infrastruktur penyelidikan, peruncitan dan bekalan makanan.

Perkhidmatan penyediaan makanan di UA dan IPTS boleh beroperasi dengan hanya melalui pelaksanaan penghantaran makanan atau pembelian makanan secara bungkus sahaja.

3. Bagaimanakah kami boleh mendapatkan maklumat terkini berhubung Arahan Kawalan Pergerakan?

UA dan IPTS adalah disarankan agar sentiasa peka dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa. UA dan IPTS boleh mendapatkan maklumat terkini dengan melayari saluran telegram MKN Rasmi https://t.me/MKNRasmi.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
21 MAC 2020

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 13776
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.