YB. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi mengadakan lawatan kerja ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Hari ini YB Dato' Mansor Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi mengadakan lawatan kerja ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan disambut oleh Leftenan Jeneral Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM.

Prof. Dato’ Dr. Jesbil Singh, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) telah memberikan taklimat kepada YB Timbalan Menteri berkenaan maklumat korporat universiti serta perkembangan terkini inisiatif yang dilaksanakan oleh UPNM.

Dalam sesi lawatan tersebut, YB Timbalan Menteri telah dibawa ke Pusat Maritim, UPNM bagi tayangan simulasi kapal serta pameran penyelidikan yang dijalankan.

Turut hadir dalam sesi lawatan ini ialah Dato` Shaharuddin Bin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, KPT dan Dr. Wan Baharudin Wan Mahmood, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat, JPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7402
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.