Lawatan YB Menteri KPT ke Pejabat Ketua Menteri Melaka bagi memperincikan hala tuju, serta perkembangan institusi pendidikan tinggi khususnya di Negeri Melaka

Hari ini YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka.

Kunjungan hormat diadakan bagi memperincikan hala tuju, serta perkembangan institusi pendidikan tinggi khususnya di Negeri Melaka. Terdapat tiga buah universiti awam, 16 buah IPTS, dua buah Politenik, enam buah kolej komuniti dan 16 buah IPTS di negeri Melaka.

Jalinan dan kerjasama strategik antara Kementerian Pengajian Tinggi dan Kerajaan Negeri Melaka diharapkan dapat membantu memacu pendidikan tinggi negara ke tahap yang lebih cemerlang.

Turut hadir Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), KPT, Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dato' Ts Dr. Hj. Mohd Fozi Ali, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UiTM, YB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dan YB Datuk Noor Effandi Ahmad, Exco Pendidikan Negeri Melaka.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7971
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:19:27.