Majlis Menandatangani MoU di antara Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC), IPT dan Persatuan Kayu-Kayan

Hari ini YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menghadiri dan menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC), Institusi Pengajian Tinggi, Politeknik dan Persatuan Kayu-Kayan bersama YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Program Penempatan Jurutera dan Latihan Prasiswazah dalam Industri Kayu-kayan ini bertujuan membantu industri mendapatkan jurutera dari kelulusan universiti tempatan dan memberikan pendedahan awal kepada pelajar universiti megenai kepelbagaian potensi sektor kayu-kayan yang merupakan penyumbang utama kepada eksport komoditi negara. Ianya merupakan platform kepada pihak industri dan institusi pengajian tinggi untuk penempatan jurutera dan latihan prasiswazah serta meneroka peluang dalam penyelidikan dan kerjasama yang berimpak tinggi.

Turut hadir Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti, YB Dato’ Sri. Dr. Wee Jeck Seng, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi 2 dan Datuk Ravi Muthayah, Ketua Setiausaha MPIC.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 9686
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:19:27.