Kunjungan hormat daripada Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (Malaysian Employers Federation - MEF) bagi membincangkan usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan dan kerjasama strategik

YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Dr. Syed Hussain Syed Husman, J.P., Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (Malaysian Employers Federation - MEF) di pejabatnya hari ini.

Semasa sesi ini, antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan usaha-usaha bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan di peringkat global dan kerjasama strategik KPT bersama-sama pihak MEF.

Turut hadir sama ialah YBrs. Dr. Mohd. Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengajian Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4690
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 17 April 2024, 19:21:18.