Mesyuarat Jawatankuasa Induk Tindakan Khas bagi Menangani Masalah Sosial Mahasiswa di Kementerian Pengajian Tinggi

YB Dato' Mansor Bin Haji Othman,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi hari ini mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Tindakan Khas bagi Menangani Masalah Sosial Mahasiswa di Kementerian Pengajian Tinggi.

Jawatankuasa ini dipertanggungjawabkan untuk memperhalusi strategi serta langkah-langkah intervensi yang telah dirangka oleh Jawatankuasa Kerja Tindakan Khas bagi Menangani Masalah Sosial Mahasiswa dan menetapkan hala tuju serta polisi dalam usaha menangani masalah sosial dikalangan mahasiswa IPT.

Mesyuarat tersebut yang diadakan secara atas talian dihadiri oleh YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) selain wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pegawai-pegawai Kementerian yang berkaitan.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6398
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 16 April 2024, 08:56:15.