KPT - Kunjungan dari Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi membincangkan proses kepulangan pelajar ke kampus

Kunjungan dari Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi membincangkan proses kepulangan pelajar ke kampus

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi menerima kunjungan daripada Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini.

Antara yang dibincangkan adalah mengenai proses kemasukan pelajar ke UNIMAS di mana perlu koordinasi daripada KPT dan juga kerajaan negeri Sarawak.

Penyelarasan ini perlu bagi memastikan proses kepulangan pelajar ke kampus berjalan dengan lancar mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN. Kebajikan dan keselamatan anak-anak pelajar perlu diberi keutamaan.

Turut bersama dalam perbincangan ini, Dato’ Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1803

Logo KPT
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Isnin 17 Januari 2022, 14:10:39.