Penyerahan watikah pelantikan Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang baharu

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menyerahkan watikah pelantikan kepada Prof. Emerita Dato’ Seri Dr Mazlan Othman sebagai Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang baharu, semalam.

Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman merupakan seorang pakar astrofizik wanita pertama di Malaysia dan terkenal dalam bidang penyelidikan dan pembangunan kajian astronomi negara.

Beliau juga merupakan wanita pertama yang memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Astrofizik dari Universiti Otaga New Zealand dan merupakan ahli fizik bintang pertama negara.

Dalam majlis yang sama, YB Menteri turut menyerahkan watikah pelantikan kepada tiga ahli lembaga pemegang amanah/pengarah YSS yang baharu iaitu Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, Dr. Akmal Salleh dan Fadwah Anuwar.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6847
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.