Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Tasek Gelugor

Seramai 55 graduan Sijil Pastri telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Tasek Gelugor yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mansor Haji Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di Hotel Ixora, Pulau Pinang hari ini.

Saudari Anis Syahira Abu Bakar, graduan Sijil Pastri telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang. Beliau pernah merangkul Johan dalam latihan medan pelatih APM Kolej Komuniti Semenanjung tahun 2018 di Sg. Siput Perak dan kini telah mempunyai perniagaan bakeri sendiri iaitu Anis’s Kitchen.

Kejayaan saudari Anis telah membuktikan bahawa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menyokong pembangunan perindustrian dan seterusnya mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja mahir dari luar negara.

Dalam majlis yang sama, YB Timbalan Menteri turut berkongsi inisiatif berkenaan Malaysia Prihatin.

Turut hadir ialah YB Nor Hafizah Othman, ADUN Permatang Berangan dan

YBrs. Encik Zahrul Zakaria, Pengarah Kolej Komuniti Tasek Gelugor.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7947
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 17 April 2024, 19:21:18.