Jelajah Malaysia Prihatin bersama mahasiswa-mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)

Hari ini YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah ke Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) bagi menghadiri Jelajah Malaysia Prihatin bersama mahasiswa-mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi.

Program tersebut merupakan salah satu usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) dalam memberi penerangan berkenaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan(PICK) termasuklah program Malaysia Volunteer Vaccine Mobilization(MyVac) yang sehingga kini telah memperoleh pendaftaran 4,501 orang sukarelawan.

Dalam majlis yang sama, YB Menteri turut menyampaikan Bantuan UTHM Prihatin dan Bakul Rezeki kepada pelajar berkelayakan dalam kategori B40 dan 10 wakil keluarga golongan Asnaf Komuniti Parit Raja.

Setiap pelajar menerima satu unit komputer riba.

Turur hadir Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi, Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha(Dasar), Prof Dato' Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Prof. Ts. Dr. Wahid Razzaly, Naib Canselor UTHM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6309
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.