Kunjungan Hormat daripada TYT Charles Hay, Pesuruhjaya Tinggi British Ke Malaysia

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini menerima kunjungan hormat daripada TYT Charles Hay, Pesuruhjaya Tinggi British Ke Malaysia di KPT.

Banyak perkara telah dibincangkan termasuklah menyediakan satu platform yang dapat meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan UK dalam bidang pengajian tinggi.

Ketika ini, 11 Universiti Awam Malaysia telah menandatangani 111 Memorandum Persefahaman (MoU) bersama dengan Institusi Pengajian Tinggi di UK.

Daripada jumlah tersebut, Universiti Malaya (UM) mendahului dengan 42 MoU termasuklah dengan King's College London, University College London dan University of Cambridge.

Kerjasama ini melibatkan pelbagai skop bidang antaranya pertukaran kepakaran, kakitangan akademik dan pelajar, projek penyelidikan, pengayaan pengetahuan akademik dan sokongan, pengajaran dan latihan serta lawatan pendidikan di kalangan ahli fakulti dan penyelidik.

Turut hadir Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha, KPT, Prof Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Ts Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti(JPPKK) dan Prof. Dato' Dr. Mohammad Shatar Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 8244
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.