Ditulis pada . Disiarkan dalam Sorotan Aktiviti.

Menteri Pengajian Tinggi bersama Pengurusan Tertinggi KPT Meninjau Program Imunisasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi bersama Pengurusan Tertinggi KPT telah meluangkan masa untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) bagi meninjau program imunisasi COVID-19 yang dijalankan di sana.

PPV UKM diberi tanggungjawab untuk melaksanakan pemberian vaksin AstraZeneca kepada rakyat sempena Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan(PICK).

Turut hadir, Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Prof Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Prof. Dato' Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM.