Sidang video Menteri Pengajian Tinggi bersama Puan Esther Van Nes, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah mengadakan sidang video bersama Puan Esther Van Nes, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia.

Perkara utama yang dibincangkan dalam sidang video tersebut adalah penempatan graduan IPT Malaysia di syarikat Kanada di Malaysia melalui inisiatif KPT-CAP.

Di samping itu, kedua-dua pihak telah membincangkan usaha dalam menangani pandemik COVID-19, proses vaksinasi dan penawaran biasisiwa Canada-ASEAN Scholarships and Educational Exchanges for Development (SEED) oleh Kerajaan Kanada kepada pelajar Malaysia.

Selain itu, YBM juga telah berkongsi maklumat mengenai kerjasama dalam bidang TVET, peluang kolaborasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan badan kelayakan di Kanada serta program Edu-Tourism bagi menarik pelajar Kanada ke Malaysia.

Sesi tersebut turut disertai secara maya oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, YBrs. Dr. Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohammad Shatar bin Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif MQA, YBhg. Datin Noorazah Omar, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa dan En. Redhauddin bin Kamaruzaman, Pengarah Bahagian Education Malaysia.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7215
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 24 April 2024, 16:08:46.